Tuesday 12 July 2016

warna warni di aidilfitri!

selamat hari raya maaf zahir & batin!

salam kosong-kosong, minta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada terkasar bahasa, tersilap langkah yang tak disenangi (ceh gaya macam banyak betul buat salah) haha so korang apa benda pertama yang terlintas dalam kepala bila raya dah hampir tiba? baju raya? makanan? ketupat rendang lemang nasi impit banyak lah kan! ke duit raya? eh tapi dah besar besar ni dapat lagi ke duit raya? sepatutnya pakcik dan makcik bagi lah duit raya lebih untuk kami student, student  lebih memerlukan hahaha apa apa jela asalkan dapat bersykur alhamdulillah. okay dah let's get started! 


henna
hi semua, hehe sesiapa nak tahu i memang suka buat henna every year nak dekat raya i akan buat henna taktahu la kenapa sebab rasa inai tu cantik kot haha tapiiiii, duduk kampung masuk dapur basuh pinggang mangkuk semua (bajet gila) sekejap je dah hilang inai hahaha henna ni buat dekat uptown (taktahu la nak kata uptown ke ekspo sebab kecik sangat) Felda Triang, Pahang kampung belah abah hehe murah gila weh! 5-8 ringgit je kalau kat KD (Kota Damansara) berganda-ganda naik haha dah macam promote pula en.

#1; Malam Raya 







meriah tak? meriah tak? well, kampung belah abah memang macam ni sebab adik beradik ramai 12 orang ha kau. seronok gila! budak budak pun ramai (i memang suka main dengan budak budak) sebab happy tanpa memikirkan masalah haha  enjoy! ada video sebenarnya tapi i tak reti macam mana nak transfer so takpa la tengok gambar je la k hehe

#2; Pagi Raya 


loves of my life 
gambar dengan umi takda :( 
siblings 
okay pagi raya kampung belah abah memang kena beratur panjang panjang mengikut giliran adik-beradik dan anak-anak sedara semua lepas balik sembahyang raya.  tu lah part paling menyeronokkan plus menyedihkan sebab bila dah ramai ramai macam tu minta maaf mula la sorang menangis semua nak menangis hahaha padahal sebenarnya masing masing banyak salah dah kena nasihat tu yang lemah semacam tu haha okay bersama family tersayang i Alhamdulillah tahun ni raya dapat berkumpul semua lagi Insyallah tahun-tahun yang akan datang pun masih sama.

actly banyak lagi gambar! and, banyak lagi aktiviti! buat kuih raya, buat lemang, kemas rumah, pasang pelita, lampu kelip-kelip, macam macam lagi lah tapi disebabkan busy takkan sibuk nak bergambar pula kan ada yang kena hempuk kepala dengan periuk sia-sia raya kepala benjol haha i had so much fun weh!

ehhhhh belum habis lagiiiii, i nak tunjuk sampul duit raya tapi duit tak boleh tunjuk la kang orang kata i riak takbur dan seangkatan dengannya pula haha 

#3; Duit Raya


Tadaaaaa! sikit je weh tak banyak pun dapat, cuma cuma cumaaa.... korang dapat duit raya dalam banyak banyak sampul raya mesti ada salah satu sampul yang korang pilih untuk letak semua duit raya korang dalam tu kan? walaupun ada wallet/purse, sebab menjadi pilihan mungkin sebab cantik/lain daripada yang lain haha

okay sampai disini sahaja, sekian terima kasih dari saya Nur Syazwana. once again, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!  salam. 




 

THEFOOD.VIEW Template by Ipietoon Cute Blog Design