Assalamualaikum semua and Hi :)
Okay hari ini anis nak share sikit kuih-muih yang popular di Malaysia.
Okay kuih yang paling saya suka adalah!!!!!!!!!
1. Karipap
Meh nak share sikit asal-usul karipap ini, Karipap adalah sejenis kuih yang terkenal dalam kalangan kita. Malah sekarang telah dipasarkan ke seluruh dunia. Gila kan?? Okay, karipap diperbuat daripada tepung apa yang membezakannya adalah intinya. Jenis-jenis karipap bergantung kepada intinya seperti karipap kentang, karipap daging, karipap ayam dan sebagainya. Sekarang tengah trend karipap KING KONG tak tahu lah dia besar gergasi ke apa, but most of people cakap sedap. Kena try ini! hehe
2. Kuih Seri Muka
Okay, next is kuih seri muka. Korang pernah tertanya tak kenapa nama kuih ni seri muka? Maybe kita makan terus berseri-seri muka kita ini. Haha angan-angan jelah korang, nama dengan kuih takda kena mengena pun tapi untuk sedap didengar. Kuih seri muka diperbuat pulut, santan dan telur, sedikit pewarna hijau dan juga daun pandan. Kira sedap dihidang time tengah beriadah dengan keluarga kena sangat... yummy
3. Kuih Lapis
Kuih lapis oh kuih lapis.
Dah nama pun kuih lapis mesti lah perbuatan dia kena berlapis-lapis ye idok? Selalunya kita boleh lihat orang akan buat dua colour sebab cara untuk buat agak leceh. Tapi orang sekarang meriah, of course lah berwarna-warni. Rasanya tetap sedap!
4. Buah Melaka
5. Kuih Koci
Kuih Koci adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada daripada tepung pulut yang berintikan kelapa parut yang dicampur bersama gula melaka. Seterusnya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang, dikukus dan dihidang. Paling saya suka bila ibu saya buat kuih koci ini sedap dia tak terkata weh. Hehehe
So apa favourite kuih korang? Meh lah share dengan thefood.view :)
By Anis Farihah