Tuesday, 19 July 2016

Nasi ayam warisan kota damansara


hello hello hello kopi dan milo dah makan ke belum? Hahaha hi korang! Cuba teka harini i nak share pasal apa? Ceh padahal tengok title pun dah tahu nak share pasal apa kan. Siapa kat sini memang favorite gila nasi ayam? Mesti la ramai kan so harini i nak suggest you guys satu kedai nasi ayam ni kat Kota Damansara. Nama kedai dia Nasi Ayam Warisan, actually kedai ni kedai family one of my best friend tapi ni bukan paid review okay haha i saja nak suggest mana tahu korang boleh try try ๐Ÿ™ˆ Lagi lagi kalau yang bergelar student kalau hari hari nak makan kat cafe pun susah juga kan duit banyak nak keluar macam air. Sekali sekala makan kat kedai kedai biasa apa salahnya :D 



Nasi Ayam Warisan
kedai ni bukan restoran ke cafe ke bistro ke dan lain-lain yang mahal mahal tu tak, ni kedai biasa je. kedai ni memang menyediakan nasi ayam & sup ekor sahaja, takda benda benda lain. korang boleh juga menikmati air kelapa dengan nasi ayam tapi air kelapa tu dekat kedai sebelah haha tu bukan include package ke apa ke takda maknanya. 


okay untuk pengetahuan semua kedai nasi ayam ni dah naik harga untuk kali yang keberapa taktahu sejak ianya dibuka. maklum la barang semua dah naik harga kan, ayam lagi la mahal sekarang ni. nak taknak terpaksa la naik harga kalau tak bankrup la nanti kan ceh. 



nasi ayam dia simple sangat sebenarnya tapi rasa dia yummy okay. ikut cita rasa orang juga sebenarnya for me i memang tak berapa nak suka nasi ayam yang nasi dia banyak sangat marjerin nanti cepat muak. i paling suka ayam dia, masuk je kedai ni bau ayam sangat mengancam kalau daripada takda selera nak makan boleh naik selera haha sebab ayam dia sedang-sedang je, tak keras tak garing sangat. ni base on my experience makan kat sini memang dah banyak kali sangat makan kat sini kalau tiba-tiba rasa nak makan nasi ayam mesti teringin nasi ayam ni hehe so korang boleh lah try datang sini rasa nasi ayam dia macam mana okay.
for me it feels good! 

nasi ayam warisan ni dah ada berapa cawangan dah sebenarnya, yang paling latest deka dalam food court  Uptown Kota Damansara belah yang baru tu. i akan bagi you guys alamat okay

food court Uptown Kota Damansara
Jalan Teknologi, Section 3,
Petaling Jaya, Selangor. 

Seksyen6 
Jalan cecawi 6/19a, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor. 
(Berdekatan Mcdonald, Kfc, Pizza)

DONT FORGET TO SINGGAH!
much love, wana. 
 

THEFOOD.VIEW Template by Ipietoon Cute Blog Design