Hm sebab admin asyik-asyik review kodai makan je, laa ni admin nak kongsi pasal resepi bujang tapi sedap gitewwwww~
Sekarang dah tengah hari bermakna dah lunch laa kan. So siapa lapaq? Admin sorang je lapar ok faham.
So sementara admin tengah rajin ni kan meh tolong admin masak. Haa nak tau apa menu lunch hari ni?
Surpriseeeeeeee!!!!
Ini wa cakap lu 100% pure dari bahan iolls sendiri okayyy. Im not copy paste dari encik google huhuhu
Bahan-bahan dia senang je which is;
- Ayam
- Cili boh
- Daun limau purut
- Garam
- Gula
- Bawang besar
- Cili padi
Cara membuat:
- Firstly, ayam tu goreng dulu baru ada itu kriuk kriuk bila makan then tunggu sampai ayam tu masak baru kita boleh pergi ke langkah seterusnya.
- So dah masak kan? And then kita alihkan ayam tersebut dan masakkan sambal yang kita dah blend tu masak tu pula. Tapi tak boleh lama sangat kang hangus dah jadi pahit pula kan tak sedap pula.
- Cukup la 2, 3 minit tak boleh lebih-lebih kang hangus macam admin cakap tadi.
- Haa dah settle semua mohh lerr ke step yang seterusnya. So lepas dah masak sambal tu kita masukkan bawang besar yang sudah dihiris ye kawan-kawan sekalian
- Then biarkan bawang tu ada rasa rangup-rangup tu cukup laa kan. Ambik bau sikit haa baru laa letak cili padi untuk merasai lagi kepedasan tu. Double uwoww!
- Lalala seterusnya masukkan ayam yang dah digoreng tadi then letakkan garam dan gula secukup rasa ok gais?
- Last last haa daun limau purut tu untuk bagi rasa masam-masam sikit so letak laa dalam 2 atau 3 helai. Sebagai penambah rasa je.
- Sooooooo tarararararaaaaa sedia untuk dihidang HIHI yummyyyy!
Nampak je macam simple kan? Semua orang tahu kan? Tapi ini paling favourite dan paling rajin admin boleh buat. Hm tak pandai masak ini pun paling koman admin boleh buat uolls.
So ai gerak dulu ok? Selamat mencuba!!
Salam zohor dari saya :))
By; Nurul Syuhaida kiutmiut